Wednesday, 19 October 2011

~Tak salahkan nak bermimpi~

Salam BeautifulLife

Entry ain hari ni ada kena mengena dengan Charice... ummm kenal tak siapa dia..???
ain rasa kebanyakan orang kenal dia. Charice name penuh dia Charice Pempengco dia ni orang Filipino.
Sebenarnya ain kagum dengan dia..
(Tapi ni tidak bermakna ain tidak kagum dengan artis Malaysia jangan salah paham tau)
dia seorang penyanyi yang mempunyai suara mantop tau...
ain tahu kemunculan dia dalam bidang nyayian dah lama tapi.. baru beberapa hari ni ain tau nama dia sebelum ni ain x tau nama dia pun... hehehehe yela minat dengan suara dia je...
Dulu masa tengok konsert David Foster kat tv tiba-tiba dia keluar nyanyi ...umm memang best suara dia 
meremang bulu roma ain... masa tengok tu ain teringin nak tahu siapa dia ni.. tapi tak da masa nak cari maklumat dia. so, masa duk man-main kat youtube beberapa hari yang lepas ..ain ada tertengok satu video dia nyanyi dengan Celine Deon ..fushhhh... memang rezeki dia kan... rupa-rupanya dia jadi tetamu special dalam consert Celine Deon tu .

Rupa-rupanya Charice ini memang popular dalam youtube before dia jadi artis, so masa program The Oprah Winfrey Show Oprah jemput dia untuk program tu sebab dia ni ada kisah yang menyedihkan la untuk dikongsi dengan orang ramai dan Charice ada satu suara yang memang hebat & macam dia ni deserve untuk jadi seorang popular. Ain dapat tahu dia ni dulu orang susah ..umm mesti korang tau hidup kat Philippine bukannya mewah pun. Charine ni start menyanyi masa umur 4 tahun... dia pergi nyanyi kat pasar, mall and on street untuk cari rezeki la.... pastu lagu first yang dia selalu nyanyi masa kecil lagu Celine Deon. So masa kat program Oprah Winfrey Show dia ada cakap nak duet menyanyi dengan Celine Dion sebab Celine Deon tu idola dia dan tu salah satu impian dia.

So Oprah menunaikan impian dia untuk duet dengan Celine Deon. Dia start be more popular lepas program tu. Masa ain tengok video tu ain rasa sedih sangat sebab impian dia tercapai ... ain menangis tengok video tu... mana tak nyer melihat seseorang mengapai impian setelah dia facing banyak kesusahan. 


Ni video yang ain jumpe kat YouTube .... ain nak share la... so pada yang dah tengok tu tak apa la... pada yang tak tengok lagi ...hah tengok la ye....


 Ain rasa semua orang berhak untuk bermimpi untuk mencapai kejayaan yang kita nak kan... 
Nak mencapai sesuatu tu bukan sesuatu yang senang la ....
Kena menangis, meraung, luka berdarah baru la dapat...
So masa tu... rasa manis sangat- sangat kan...kan...kan....

Ok la dah habis dah ain merapu....

Wassalam BeautifulLife 


No comments: